Monday 24 June 2013

Muar Diistiharkan Darurat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....................,

Muar telah diistiharkan darurat oleh kerana jerebu yang berlaku di Muar pada kadar yang bahaya dengan IPU melebih 700 pada 7pagi semalam. Maka dengan itu sekolah telah bermula dicutikan sejak minggu lepas pada:
  • Khamis iaitu 20 Jun 2013 hanya pelajar sesi petang
  • Jumaat iaitu 21 Jun 2013 pelajar sesi pagi dan petang
  • Isnin iaitu 24 Jun 2013 pelajar sesi pagi dan petang

Tuesday 9 April 2013

Buletin Kaunseling 2013

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.....................,

MINGGU ANTIDADAH
Minggu Antidadah bertujuan untuk menyalurkan maklumat dan penerangan mengenai aktiviti, kesan dan malapetaka kepada diri, keluarga, komuniti, agama dan negara sekiranya berlaku kegiatan penyalahgunaan dadah.
Objektif Minggu Antidadah  ini di adakan di sekolah adalah seperti berikut :

1) Pelajar dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala dadah
2) Pelajar peka dan berhati-hati dengan individu dan kumpulan tertentu yang berniat jahat dan hendak merosakkan sesebuah Negara
3) Pelajar dapat menghayati program ini dan mendapat iktibar daripadanya

PROGRAM SEMPENA MINGGU

ANTIDADAH
8 Mac-3 April 2013
Melukis Poster Menengah Rendah
Melukis Poster Menengah Atas
13 Mac 2013
Merekacipta sajak dan Pentomin T.3, T.4, T.5
18 Mac 2013
Pelancaran Minggu Anti Dadah
19 Mac 2012
Persembahan Deklamasi Sajak dan Syair
21 Mac 2013
Buletin Kaunseling
10 April 2013
Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pentomin T.3, T.4,T.5
18 Mac-3 April 2013
Pameran Antidadah


KESAN-KESAN BURUK DADAH
 · Merosakkan system saraf pusat (otak&saraf tunjang)
· Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan dan perimbangannya
· Risiko jangkitan HIV/AIDS, Hepatitis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi
· Melemah dan merosakkan daya pemikiran, pemahaman, percakapan, pengiraan dan kebolehan menyelesaikan masalah
· Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat
· Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng, kecurian, rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya
· Membawa Maut !
                                                         Komik Antidadah                  
                            
Siang hari, mak cik sedang berjalan. Sebuah motosikal melalui dan meragut beg tangannya dengan  tiba-tiba
   
                           
Malam, seorang pemuda sedang berjalan. Beberapa orang muncul dan merompaknya, dia memberontak dan perompak mengangkat parang lalu menetak kepalanya

                            
Di pusat hiburan, seorang gadis telah mengambil pil ecstasy, dengan penuh ‘high’ dia menari dan menggelang kepalanya. Selepas itu, dia dibawa keluar dan dirogol secara bergilir-gilir.

                             
Utamakan keluarga, Mengambil berat, mengajar dan membimbing anak-anak kita. Jangan sampai ahli dalam keluarga terlibat dalam dadah atau menjadi mangsa ragut baru menyesal.

Friday 22 March 2013

Persiapan Minggu Anti Dadah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua................

Pada hari Rabu minggu lepas telah diadakan perjumpaan untuk Persatuan dan Kelab. Maka Kelab Pembimbing Rakan Sebaya telah berkumpul di tempat yang biasa iaitu di Bilik Kaunselling bersama guru guru penasihat pada pukul1 hingga 3petang. Sepanjang perjumpaan tersebut kami telah mengadakan persediaan sempena Minggu Anti Dadah.

       Pengerusi Kelab Pebimbing Rakan Sebaya iaitu Putera telah menyampai taklimat serba sedikit tentang tugasan yang perlu kami lakukan sebagai persiapannya. Setelah selesai taklimat yang disampaikan pemilihan untuk mendeklamasi Sajak telah dilakukan. Empat orang pelajar yang telah terpilih untuk mewakili Kelab Pebimbingan Rakan Sebaya sempena pertandingan Sajak nanti. Selepas sahaja pemilihan tersebut mereka diminta untuk mencipta satu teks Sajak sempena pertandingan itu.

       Pelajar perempuan yang tidak terlibat dengan pertandingan Sajak, mereka diminta untuk membuat Buletin kaunseling turut dibantu oleh guru guru penasihat kami. Manakala pelajar lelaki pula diminta untuk memasang poster Anti Dadah yang telah sedia ada di hadapan sepanjang bilik kaunseling.

Semua ahli ahli PRS melakukan persiapan sempena Minggu Anti Dadah secara bertolenrasi antara satu sama lain. Tiada seorang pelajar yang cuba untuk mengelakkan diri dari melakukan tugas tugas seperti berikut. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Sekian terima kasih.

Wednesday 20 February 2013

Say No to Valentine

Assalamualaikum..............,


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.

Sejarah Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.

Pendapat Pertama
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.

Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

Pendapat Ketiga
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Pendapat Keempat
Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.

Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan dan Terengganu

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.............





   

Lawatan ini dibawah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sri Amar Diraja. Lawatan ini juga hanya terbuka untuk pelajar tingkatan4 dan 5 dan juga diketuai oleh empat orang guru pebimbing. Tempat adalah terhad untuk 40orang pelajar Sekolah Dato' sahaja untuk tingkatan4 dan juga tingkatan5. Tarikh yang dirancangkan pada 24, 25 dan 26 Mac 2013, 3hari 2malam. Kemungkinan tarikh lawatan ini akan ditukar apabila mendapat maklumat selanjutnya. Bayaran yang dikenakan untuk Lawatan ke Kelantan dan Terengganu hanya RM150.00 sahaja. Antara tempat tempat lawatannya ialah :

  • UMK (Universiti Malaysia Kelantan)
  • UNISZA, Terengganu (Universiti Sultan Zainal Abidin)
  • Masjid Terapung, Terengganu
  • Pusat Pemprosesan Ikan
  • Kilang Batik, Kelantan
  • Rantau Panjang, Kelantan
  • Muzium Terengganu
  • Pasar Panjang, Kelantan
  • Desa Murni
  • Pantai Batu Buruk
Sekiranya anda berminat untuk mengikuti Lawatan Sambil Belajar ke Kelantan dan Terengganu, anda boleh berhubung dengan guru guru Kaunseling iaitu Puan Maisarah binti Mohamed, Puan Hajah Zarina binti Md. Yusof dan sebagainya.Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca.

Friday 1 February 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Assalamualaikum................,


Syukur alhamdulillah selesai sudah sambutan Maulidur Rasul untuk tahun ini, sambutan ini telah diadakan pada 1 Februari 2013 bersamaan hari Jumaat. Dan sambuatannya sangatlah meriah, dengan kehadiran pelbagai gelagat pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan6 dan juga guru-guru SMK Dato' Sri Amar Diraja. 

          Pada permulaannya, semua dikehendaki berada di sekolah SMK Dato' Sri Amar Diraja dahulu. Apabila semua pelajar Islam telah hadir kesemuannya. Maka barulah cikgu melepaskan pelajar lelaki dahulu gerak ke dataran SK Ismail (1), seterusnya barulah pelajar perempuan pula dibenarkan untuk gerak ke SK Ismail (1). Apabila sampai di dataran SK Ismail (1), semua pelajar dikehendaki berkumpul mengikut unit beruniform seperti, Silat, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pengangkap, Pandu Puteri, Ranjer Puteri, Puteri Islam, Jabatan Pertahanan Awam, Bulan Sabit Merah, Pra-U. Di sinilah bermulanya  penilaian sepanduk setiap unit beruniform yang telah dihasilkan oleh pelajar sekolah sendiri. Dan keputusannya diumumkan setelah selesai ceramah. Selepas sudah menilai kesemua sepanduk unit beruniform, mulalah perarakan dengan selawat sekali, dari dataran SK Ismail (1) hingga ke dataran SMK Dato Sri Amar Diraja.



         Apabila sampai sahaja di dataran SMK Sri Amar. Dan setelah selesai selawat ke atas Nabi, semua pelajar dikehendaki masuk ke dewan tertutup dan perlu buka kasut. Pelajar lelaki dibenarkan masuk dahulu dan seterusnya berulah pelajar perempuan dan yang selebihnya dikehendaki duduk di dataran Sri Amar yang sedia ada. Acara yang telah diaadakan sepanjang berada di dewan seperti Ceramah, Nyanyian Nasyid, Qasidah, Tilawah al-Quran dan pengumuman pemenang sepanduk sempena Maulidur Rasul tahun ini. Yang tidak disangkakan adalah bekas pengetua sekolah kami telah hadir pada hari di sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di SMK Dato' Sri Amar Diraja yang dikenali sebagai Pak Zul. Kami warga sedar amatlah merindui beliau. Semoga sihat selalu.





Apabila selesai semua acara di dewan tertutup. Tibalah masa untuk jamuan pula. Didahulukan pelajar perempuan, kemudian barulah pelajar lelaki. Selepas selesai jamuan semua pelajar telah pown dibenarkan balik.









Alhamdulillah, selesai sudah Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah.

Sunday 27 January 2013

Segala yang berkaitan tentang PRS

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Selain mempunyai blogger rasmi PRS, kami juga telah menyediakan laman sosial yang lain. Sekiranya ada apa apa perkara ingin berhubung dengan kami, si situlah anda boleh berhubung dengan kami. Antaranya ialah :


Ini Facebook PRS, dan ini linknya (https://www.facebook.com/prs.sedar)


Seterusnya account ask.fm PRS kami, ini linknya (http://ask.fm/prssedar)


Selain itu account PRS yang diguna pakaikan ialah Twitter, linknya (https://twitter.com/PRSsedar)