Tuesday 18 September 2012

Sejarah Penubuhan PRS SEDAR


KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMK DATO' SRI AMAR DIRAJA,MUAR

  Pada awalnya Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ini merupakan suatu badan persendirian. Sejak tahun 1999 barulah Kelab Pembimbing Rakan Sebaya ini diletakkan dibawah unit Kokurikulum Sekolah iaitu kelab dan persatuan .
  Tujuannya adalah untuk dapatkan peruntukkan kewangan bagi ahli kelab dan persatuan . Di samping itu, untuk membentuk dan melahirkan generasi muda terutamanya golongan remaja yang cemerlang.
  Dengan usaha ramai warga SEDAR, Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sedar masih wujud dan beroperasi secara aktif sehingga kini.

Matlamat dan Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh dilakukan Oleh PRS

Matlamat Pembimbing Rakan Sebaya.


Menolong mengurangkan masalah salah laku atau disiplin pelajar di sekolah

Membina budaya kasih mesra dan semangat kerjasama di kalangan pelajaran dalam semua bidang

Membina pelajar yang mempunyai keyakinan diri,nilai-nilai murni yang berasaskan kepercayaan kepada Allah

Membuat persediaan untuk menjadi seorang dewasa yang peka dan prihatin dalam banyak hal




Pekara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Oleh PRS.


BOLEH :-
 Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin, dan percaya pada diri, berasa selesa, dan berempati

 Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat

 Mematuhi etika kerahsiaan

 Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan

 Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal

 Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu


TIDAK BOLEH:-
 Mengawal,memberi khutbah dan mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat

 Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka

 Membuka rahsia rakan

 Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera

 Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis yang mendalam

 Menjalankan proses dengan bersendirian dan mengetepikan rakan lain

Faedah Menjadi Seorang PRS


Assalamualaikum,


  • Meningkatkan prestasi akademik seperti mulai menyertai belajar berkumpulan
  • Membina sikap positif terhadap diri,keluarga dan orang lain
  • Membina keyakinan diri
  • Memperkukuhkan tingkah laku atau perangai yang diterima oleh masyarakat
  • Mendapat kemahiran memberi bimbingan dan pertolongan kepada rakan sebaya

Pembimbing Rakan Sebaya



                                        



1) Falsafah PRS

Sebagai PRS , anda perlu sentiasa menghayati Falsafah PRS iaitu “Bantu Diri Untuk Membantu Orang Lain” dalam usaha membantu rakan anda mendapat pengetahuan,kemahiran dan pengalaman untuk meningkatkan kecemerlangan diri. Oleh itu,anda seharusnya berusaha mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan,perlakuan,perhubungan,kreativiti dan keimanan.



2) Prinsip PRS

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, dan fizikal.



3)Peranan Anda Sebagai PRS

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.

Membantu anda menggerakkan perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah.

 Menjadi sumber/kamus kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.

 Menjadi pelajar contoh kepada pelajar lain.



4)Etika

 Amanah dan pandai menyimpan rahsia

 Menghormati rakan dan menerima rakan

Memahami batasan dan keupayaan diri sendiri

 Memahami konsep memberi pertolongan

Moto,Visi,Misi,Objektif dan Carta Organisasi PRS

visi
Melahirkan pelajar yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi 

misi
Membimbing ke arah kemantapan diri

objektif

 Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, perlakuan, emosi dan     peribadi.

 Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk mengisi pertambahan tuntutan dalam perkhidmatan PRS.

Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi secara berkesan dengan rakan dan individu lain.

Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih dan boleh menggerakan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
CARTA ORGANISASI PRS

Monday 17 September 2012

KEMAHIRAN

KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Apa itu Komunikasi?
Suatu proses seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain yang merangkumi rangsangan dan tindakan (lisan dan bukan lisan)


Apa itu Komunikasi Berkesan?
Komunikasi berkesan timbul apabila maksud yang disampaikan diterima dan difahami dengan jelas oleh orang yang menerima.


Halangan Dalam Komunikasi :

Kebisingan

Emosi

Kelemahan mendengar

Prasangka buruk

Percakapan yang bercanggah dan negative

Tidak rasional

Tidak bersikap terbuka


Cara mengurangkan Halangan Komunikasi :

Melatih diri supaya berfikiran terbuka dan tidak berprasangka buruk

Mesej yang ingin disampaikan perlulah jelas dan terang

Gunakan bahasa yang mudah difahami

Eratkan perhubungan supaya timbul kepercayaan





KEMAHIRAN MEMBACA


Membaca secara teropong:

Melihat tajuk-tajuk utama

Membaca pantas

Meneliti gambar rajah

Fahami konsep


Membaca Album:

Membahagikan tajuk utama

Melihat isi tersurat dan tersirat

Bacaan sederhana

Dapat melihat isi-isi


Membaca Kompas:

Meneliti mengikut urutan

Dapat mengenal pasti kata kunci

Dapat melihat dan mengenal isu

Mula membina konsep nota


Membaca Peta:

Dapat menghuraikan maksud bahan

Menjawab soalan-soalan Membina nota minda yang lengkap





KEMAHIRAN BERFIKIR


Kaedah PMI (Plus Minus Interesting)
Sebagai contoh anda dikehendaki membuat satu model kereta yang tidak menggunakan petrol sebagai bahan api .Beri kebaikan ,keburukkan yang menarik bagi model anda.


Kaedah CAF (Consider All Factors)
Sebagai contoh anda dikehendaki mengesan dan membuat kajian tentang kegunaan pil yang boleh menyebabkan seseorang individu itu berasa kenyang dan tidak perlu makan sehingga 12jam. Kaji semua factor tentang pil tersebut.

Kaedah C & S
Contoh sebagai pelajar anda bebas untuk memakai pakaian ketika berada di sekolah.Jelaskan kesan dalam jangka masa pendek dan panjang jika peraturan dilaksanakan

Kaedah AGO (Aim Goal dan Objectives)
Contoh anda memenangi wang sejumlah RM1 juta dalam rancangan “Who Want To Be A Millionnaires” Nyatakan objektif anda


Kaedah FIP (First Important Priority)
Contoh teman anda kesempitan wang dan ingin meminjam wang daripada anda,Apakah keutamaan yang anda fikir sebelum anda memberi pinjam kepada rakan anda itu?





KEMAHIRAN BELAJAR BERKUMPULAN


Teknik Sumbang Saran
 Seorang ketua akan menentukan topic yang dibincangkan. Setiap ahli perlu memberikan idea yang bernas dan fakta mengikut urutan. Seorang lagi perlu mencatat perbincangan tersebut.


Teknik Tutorial
 1 atau 2 ahli ditugaskan memberi tutorial di hadapan ahli-ahli tentang tajuk yang hendak dikemukakan.


Teknik Kuiz
 Teknik ini sangat sesuai digunakan pada waktu hamper peperiksaan. Ketua akan menentukan tajuk sebelum kuiz bermula.