Tuesday 18 September 2012

Matlamat dan Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh dilakukan Oleh PRS

Matlamat Pembimbing Rakan Sebaya.


Menolong mengurangkan masalah salah laku atau disiplin pelajar di sekolah

Membina budaya kasih mesra dan semangat kerjasama di kalangan pelajaran dalam semua bidang

Membina pelajar yang mempunyai keyakinan diri,nilai-nilai murni yang berasaskan kepercayaan kepada Allah

Membuat persediaan untuk menjadi seorang dewasa yang peka dan prihatin dalam banyak hal




Pekara Yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan Oleh PRS.


BOLEH :-
 Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin, dan percaya pada diri, berasa selesa, dan berempati

 Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat

 Mematuhi etika kerahsiaan

 Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diselesaikan

 Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal

 Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu


TIDAK BOLEH:-
 Mengawal,memberi khutbah dan mendesak rakan tentang apa yang mereka harus buat

 Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka

 Membuka rahsia rakan

 Mengharapkan semua masalah boleh diatasi dengan segera

 Terus berbincang dengan rakan yang menghadapi krisis yang mendalam

 Menjalankan proses dengan bersendirian dan mengetepikan rakan lain

No comments:

Post a Comment